Apa itu PRK? Pertama sekali yang terlintas di
fikiran bila senior memberitahu bahawa UUM akan mengadakan PRK pada 2 sem
lepas. Ingatkan yang PRK tu seperti pertandingan yang biasa UUM buat. Gempaknya,
Senior tu siap sindir lagi. Mana taknya, Benda macam ni pun tak tahu, That
real, memang la tak tahu, kat sekolah menengah dulu mana ada benda alah macam
ni. Yang ada pun, pertandingan pidato, pantun, zapin dan sebagainya. Opsss, PRK
tu pertandingan ker? Apa maksudnya?
PRK??----àPilihan Raya
Kampus ( la, kat university ada juga ker?)
Macam PRU?
-->tahu plak ada PRU!! (Spisis la tu..)
Apa beza PRK dengan PRU??
-à..PRK
ni untuk pemilihan wakil-wakil dari
kalangan mahasiswa untuk mahasiswa itu sendiri. Kalau ada apa-apa masalah ke, penambahbaikan
ke, Kita bagi maklumat kat wakil tu, kemudian wakil tu lah yang akan bagitau
pihak atasan. Sama juga dengan PRU, PRU
ni untuk kita memilih wakil yang kita rasa layak dan menjalankan tugasnya untuk
masyarakat luar. Untuk kita-kita ni, untuk penduduk dari jauh di
perdalaman.Bukan bila kita bagitau masalah kita je, wakil tu tak buat
kerja, sekadar nak dapat gaji, nama dan pangkat sahaja.
Lepas PRK, Ada apa pula?
-->Lepas PRK, akan adalah
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
(Oo, yang ada sekarang ni ya? Ada yang
cantik-cantik, hensem-hensem tu ye??)
Ya, nak pilih wakil ni kenalah pilih yang layak
untuk jadi wakil, sebab kalau salah pilih, tak ke sia-sia. Mereka yang kita
pilih mestilah menjadi perantara antara pihak pentadbiaran universiti, peka
dengan isu-isu yang menyentuh kebajikan pelajar, bila ada masalah, maklumkan
kepada pihak pentadbiran, buat program-program yang menyumbang kepada
kecemerlangan akademik dan kerjaya, hebahkan aktiviti, alert dengan isu-isu
semasa dalam dan luar kampus, dan banyak lagi la. ( Oo, gitu..)
~~Mahasiswa bersama melakar transformasi~~
Bersambung…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan