Pengikut

Khamis, 19 April 2012

Wujudkah Lagi Politik Mahasiswa Matang?


                Politik mahasiswa yang matang perlu dijiwai dan dirasai dalam diri setiap mereka yang bergelar mahasiswa. Bagaimana perlunya mendapatkan politik mahasiswa peringkat matang ini? Seringkali melontarkan pertanyaan kepada diri sendiri, apakah politik mahasiswa itu matang dengan mendapatkan khidmat nasihat pensyarah yang faham akan politik? Atau apakah politik mahasiswa itu diiktiraf sebagai matang apabila mendapat bantuan dari ahli politik? Pertanyaan itu saya tinggalkan begitu sahaja kerana sehingga kini masih belum mendapat satu jawapan yang pasti. Namun, apa yang pasti saya ingin berkongsi akan karenah-karenah politik mahasiswa itu sendiri yang diiktiraf sebagai tidak matang.

Penglibatan mahasiswa dalam kebanyakan demonstrasi yang berlaku sejak kebelakangan ini mengundang pelbagai tomahan dan kritikan daripada pelbagai pihak. Menyingkap semula isu penurunan bendera oleh aktivis mahasiswa Adam Adli, sejujurnya, diakui menurunkan bendera wajah Perdana Menteri adalah suatu tindakan yang tidak bermoral namun serangan-serangan dari masyarakat awam terhadap tindakan Adam Adli wajar dipersoalkan kematangannya. Begitu juga dengan demonstrasi mahasiswa di UPSI pada awal tahun baru yang lepas. Kumpulan mahasiswa ini bertujuan untuk memberi simbolik akan kebangkitan mereka namun dikasari oleh pihak polis sehingga berlakunya tragedi berdarah!

Selasa, 17 April 2012

Pemansuhan PTPTN: Satu ancaman kepada Kapitalisme

Hari ini, ramai anak muda dan mahasiswa dicederakan dan diintimidasi secara kasar oleh pihak polis dan DBKL untuk memusnahkan khemah-khemah yang didirikan untuk meluahkan perasaan menentang PTPTN.  Ia adalah reaksi spontan daripada anak muda melalui "Occupy Dataran" untuk tuntutan Pendidikan Percuma dan menghapuskan pinjaman pendidikan tinggi melalui tabung PTPTN.

Dua hari terdahulu, sekumpulan anak muda dan mahasiswa telah berdemonstrasi untuk tuntutan yang sama dan satu mesej yang jelas telah diberikan bahawa agenda untuk menjadikan golongan terpelajar senantiasa di bawah telunjuk kerajaan adalah tidak mungkin berpanjangan.  Ada juga dakwaan bahawa kebergantungan terhadap pinjaman PTPTN ini sebenarnya lebih kepada golongan pemodal yang membina kolej-kolej untuk tujuan perniagaan.  Persoalannya siapa yang lebih memerlukan PTPTN ini sebenarnya?

Isnin, 16 April 2012

PANDANGAN PROF MADYA DR. ASRI TENTANG DEMO MANSUH PTPTN


Saya baru sahaja menonton rakaman demonstrasi Mansuh PTPTN oleh sebahagian mahasiswa. Izinkan di sini saya coretkan beberapa pendapat saya tentang hal tersebut;

1. Pertamanya, saya ucapkan tahniah kerana mereka ada keberanian. Itulah sikap sepatutnya bagi anak muda, tidak bacul tetapi bertindak balas dengan persekitaran.

2. Mereka terlalu muda dan sedang menimba pengalaman. Saya rasa tidak salah untuk mereka meneliti beberapa ulasan saya di sini. Mungkin kita berbeza tapi bukan bererti membenci. Pandangan ini mungkin boleh memberikan sedikit manfaat untuk perjuangan mereka yang seterusnya.

Sabtu, 14 April 2012

Kenapa Mahasiswa Lesu-Mandomisme


  • Tindakan kerajaan yang mencantas segala anasir gerakan mahasiswa yang digelar sebagi "tangan-tangan pembangkang" di dalam kampus telah meyebabkan gerakan mahasiswa menjadi mandom.
  • Kekusutan ini bertambah nyata bila mana blok yang digelar 'kelompok aspirasi kerajaan' gagal memainkan peranan besar terhadap isu-isu yang bermain disekitar mereka atas alasan bahawa isu kemasyarakatan ynag ada bukan tanggungjawab mereka.
  • Tanggungjawab mereka sebagai pelajar untuk belajar dan lulus exam lebih banyak disuntik berbanding agenda nasional yang lebih merakyatkan mahasiswa.
  • Keselesaan yang dinikmati melalui program-program indoktrinasi BTN, Ziarah ke putrajaya, kediaman di kolej, pinjaman PTPTN dan sebagainya telah melalaikan pemimpin mahasiswa yang sedia ada.
  • Pujukan masa yang memaksa mereka untuk menumpukan kepada dunia kuliah dan buku-buku akademik semata telah mematikan langkah juang mereka.

Mahasiswa adalah element SEDAR dalam masyarakat,sentiasa CONCERN denyut nadi masyarakat,mahasiswa mesti belajar MEMPERTAHANKAN HAK mereka dan mahasiswa perlu ada MARUAH, jangan mudah diperbodohkan,Kenapa perlu TAKUT jika berada di pihak yang BENAR.




                            "Kerana Mahasiswa Juru bicara masyarakat."




    Jumaat, 13 April 2012

    Visi dan Misi Transformasi Mahasiswa


    VISI: 

    Merealisasikan kepimpinan berkredibiliti yg membela hak dan kebajikan mahasiswa sekaligus memacu ketelusan pentadbiran universiti.


    MISI:


    1) KEPIMPINAN - Melahirkan kepimpinan yang berjiwa mahasiswa agar kebajikan mahasiswa terbela. 

    2) MAHASISWA PEKA - Mewujudkan kesedaran dalam kalangan mahasiswa tentang peranan dan hak mereka.

    3) PENTADBIRAN YANG TELUS - Menyokong ketelusan pentabiran universiti.



    ~BERSAMA MELAKAR TRANSFORMASI~

    Khamis, 12 April 2012

    Hapuskan Stigma Mahasiswa 3K (Kuliah, Kafe dan Kolej)

    Sudah tiba masanya mahasiswa diberi kebebasan untuk memilih apa yang terbaik untuk diri mereka sendiri dan secara tak langsung menunjukkan pengiktirafan kerajaan terhadap kematangan mahasiswa untuk berfikir dan memperjuangkan idea mereka. Politik tak wajar jika hanya difahami dengan kepartian semata-mata. Transformasi Mahasiswa tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan mahasiswa hanya boleh aktif berpolitik selepas habis pengajian kerana alasan ini menggambarkan mahasiswa adalah manusia yang masih mentah dan tak layak untuk berbicara soal idealisme apatah lagi soal politik. Mereka dianggap hanya layak pegang buku, pergi balik kelas dan jawab exam. Anggapan ini bagaimanapun telah berjaya mempopularkan istilah 3K dikalangan penuntut universiti iaitu Kuliah, Kafe dan Kolej.

    Sudah semestinya golongan yang mengetuai gerakan anak muda dan mengungguli perjuangan ini ialah mahasiswa. Ya, Malaysia mempunyai corak rantaian perjuangan yang dipelopori mahasiswa dalam versi dan caranya yang tersendiri. Itulah keunikan. Kita semua tahu, ini perjuangan halal. Ini perjuangan bermatlamat. Ini perjuangan bersendi visi dan misi. Itu adalah fakta yang takkan dapat dinafikan lagi.

    Rabu, 11 April 2012

    Pertabalan Yang diPertuan Agung ke-14

    11 April 2012 bersamaan 20 Jamadilawal 1433H menyaksikan detik bersejarah Istiadat
    Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Permaisuri Agong di Balairong Seri Istana Negara. Ia merupakan kali kedua Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menjadi Yang Dipertuan Agong.



    Transformasi Mahasiswa berharap dan sentiasa mendoakan agar Tuanku diberi kekuatan dan berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah negara dengan adil dan saksama agar seluruh rakyat mendapat kebaikannya serta dijauhi daripada golongan yang zalim.


    Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

    Selasa, 10 April 2012

    Sejarah Ringkas Penubuhan Transformasi Mahasiswa

    Bagaimana Transformasi Mahasiswa Wujud Dan Kenapa Transformasi Mahasiswa Itu Bukan Pro-Mahasiswa?

    Melihat kepada tajuk di atas, sudah semestinya isu yang akan didiskusikan berkait rapat dengan hal-hal politik kampus dekat Sintok yang tercinta ini. Kekeliruan sebahagian mahasiswa tentang apakah itu Transformasi Mahasiswa dan ke mana menghilangnya Pro-Mahasiswa menjadikan mereka yang begitu naif beranggapan bahawa Transformasi Mahasiswa itu ialah pengganti kepada Pro-Mahasiswa ataupun lebih spesifikasi lagi Pro-Mahasiswa telah menukar nama kepada Transformasi Mahasiswa! 

    Khamis, 5 April 2012

    Apa itu PRK??





    Apa itu PRK? Pertama sekali yang terlintas di fikiran bila senior memberitahu bahawa UUM akan mengadakan PRK pada 2 sem lepas. Ingatkan yang PRK tu seperti pertandingan yang biasa UUM buat. Gempaknya, Senior tu siap sindir lagi. Mana taknya, Benda macam ni pun tak tahu, That real, memang la tak tahu, kat sekolah menengah dulu mana ada benda alah macam ni. Yang ada pun, pertandingan pidato, pantun, zapin dan sebagainya. Opsss, PRK tu pertandingan ker? Apa maksudnya?