Pengikut

Jumaat, 30 Mac 2012

Sejarah Kebangkitan Mahasiswa di Malaysia



Di saat Barisan Nasional mula memerintah, Pembangkang terlalu lemah dan Negara ini mengamalkan sistem pembuatan polisi yang tiada check dan balance daripada pembangkang. Monopoli keputusan berlaku.Mujur mahasiswa yang giat membaca dan mengkaji ilmu-ilmu luar, ilmu baru dan kondisi global mulai bangun bersuara. Apabila suara secara ilmiah tidak dilayan mereka mula menggunakan kaedah rapat umum dan himpunan mahasiswa.

Prof. Feaur dari Universiti Toronto dalam bukunya The Conflict of generation menyatakan pemberontakan mahasiswa di serata dunia adalah atas kebencian terhadap establishment golongan terdahulu yang berlaku korupsi, mengongkong dan tidak adil. Konflik antara generasi berlaku.

Jumaat, 16 Mac 2012

Bersama Melakar Transformasi

Ayuh Mahasiswa

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung Blog yang dihormati sekalian. Semoga dengan adanya laman ini,dapat mengeratkan lagi hubungan antara kita semua selaku mahasiswa UUM, tambahan pula,untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan TMUUM di varsity tercinta. Ayuh,Bersama-samalah dengan kami untuk terus melakukan inovasi dan transformasi diri untuk Universiti Utara Malaysia.

~~~Bersama Melakar Transformasi~~~