Pengikut

Jumaat, 30 Mac 2012

Sejarah Kebangkitan Mahasiswa di Malaysia



Di saat Barisan Nasional mula memerintah, Pembangkang terlalu lemah dan Negara ini mengamalkan sistem pembuatan polisi yang tiada check dan balance daripada pembangkang. Monopoli keputusan berlaku.Mujur mahasiswa yang giat membaca dan mengkaji ilmu-ilmu luar, ilmu baru dan kondisi global mulai bangun bersuara. Apabila suara secara ilmiah tidak dilayan mereka mula menggunakan kaedah rapat umum dan himpunan mahasiswa.

Prof. Feaur dari Universiti Toronto dalam bukunya The Conflict of generation menyatakan pemberontakan mahasiswa di serata dunia adalah atas kebencian terhadap establishment golongan terdahulu yang berlaku korupsi, mengongkong dan tidak adil. Konflik antara generasi berlaku.



Prof Edward Shills yang menulis kemudian daripada Feaut menyatakan mahasiswa Asia dan Afrika adalah pembangkang yang penting. Mahasiswa cenderung untuk menjadi reformis pada zamannya serta menimbangtara kuasa pemerintah.

Prof. Bruno Bettlehim menulis dalam majalah ENCOUNTER 1969 bahawa mahasiswa merasakan mereka memiliki obligasi moral untuk menentang apa sahaja yang dianggap tidak bermoral di hadapan mereka.

Atas rangka yang sama mahasiswa islam juga bangkit menampilkan aspirasi dan mengartikulasikan minda mereka baik ilmiah ataupun secara himpunan rapat umum. Bilangan kehadiran dan liputan medialah yang menjayakan usaha mereka selepas itu.

Jika sesuatu kerajaan memiliki pembangkang yang kuat, ilmiah, bijak dan aktif, mahasiswa tidak akan bangun secra progresif di tempat berkenaan.


~~Bersama Transformasi Mahasiswa~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan