Pengikut

Jumaat, 13 April 2012

Visi dan Misi Transformasi Mahasiswa


VISI: 

Merealisasikan kepimpinan berkredibiliti yg membela hak dan kebajikan mahasiswa sekaligus memacu ketelusan pentadbiran universiti.


MISI:


1) KEPIMPINAN - Melahirkan kepimpinan yang berjiwa mahasiswa agar kebajikan mahasiswa terbela. 

2) MAHASISWA PEKA - Mewujudkan kesedaran dalam kalangan mahasiswa tentang peranan dan hak mereka.

3) PENTADBIRAN YANG TELUS - Menyokong ketelusan pentabiran universiti.



~BERSAMA MELAKAR TRANSFORMASI~

Khamis, 12 April 2012

Hapuskan Stigma Mahasiswa 3K (Kuliah, Kafe dan Kolej)

Sudah tiba masanya mahasiswa diberi kebebasan untuk memilih apa yang terbaik untuk diri mereka sendiri dan secara tak langsung menunjukkan pengiktirafan kerajaan terhadap kematangan mahasiswa untuk berfikir dan memperjuangkan idea mereka. Politik tak wajar jika hanya difahami dengan kepartian semata-mata. Transformasi Mahasiswa tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan mahasiswa hanya boleh aktif berpolitik selepas habis pengajian kerana alasan ini menggambarkan mahasiswa adalah manusia yang masih mentah dan tak layak untuk berbicara soal idealisme apatah lagi soal politik. Mereka dianggap hanya layak pegang buku, pergi balik kelas dan jawab exam. Anggapan ini bagaimanapun telah berjaya mempopularkan istilah 3K dikalangan penuntut universiti iaitu Kuliah, Kafe dan Kolej.

Sudah semestinya golongan yang mengetuai gerakan anak muda dan mengungguli perjuangan ini ialah mahasiswa. Ya, Malaysia mempunyai corak rantaian perjuangan yang dipelopori mahasiswa dalam versi dan caranya yang tersendiri. Itulah keunikan. Kita semua tahu, ini perjuangan halal. Ini perjuangan bermatlamat. Ini perjuangan bersendi visi dan misi. Itu adalah fakta yang takkan dapat dinafikan lagi.

Rabu, 11 April 2012

Pertabalan Yang diPertuan Agung ke-14

11 April 2012 bersamaan 20 Jamadilawal 1433H menyaksikan detik bersejarah Istiadat
Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Permaisuri Agong di Balairong Seri Istana Negara. Ia merupakan kali kedua Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menjadi Yang Dipertuan Agong.



Transformasi Mahasiswa berharap dan sentiasa mendoakan agar Tuanku diberi kekuatan dan berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah negara dengan adil dan saksama agar seluruh rakyat mendapat kebaikannya serta dijauhi daripada golongan yang zalim.


Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Selasa, 10 April 2012

Sejarah Ringkas Penubuhan Transformasi Mahasiswa

Bagaimana Transformasi Mahasiswa Wujud Dan Kenapa Transformasi Mahasiswa Itu Bukan Pro-Mahasiswa?

Melihat kepada tajuk di atas, sudah semestinya isu yang akan didiskusikan berkait rapat dengan hal-hal politik kampus dekat Sintok yang tercinta ini. Kekeliruan sebahagian mahasiswa tentang apakah itu Transformasi Mahasiswa dan ke mana menghilangnya Pro-Mahasiswa menjadikan mereka yang begitu naif beranggapan bahawa Transformasi Mahasiswa itu ialah pengganti kepada Pro-Mahasiswa ataupun lebih spesifikasi lagi Pro-Mahasiswa telah menukar nama kepada Transformasi Mahasiswa! 

Khamis, 5 April 2012

Apa itu PRK??





Apa itu PRK? Pertama sekali yang terlintas di fikiran bila senior memberitahu bahawa UUM akan mengadakan PRK pada 2 sem lepas. Ingatkan yang PRK tu seperti pertandingan yang biasa UUM buat. Gempaknya, Senior tu siap sindir lagi. Mana taknya, Benda macam ni pun tak tahu, That real, memang la tak tahu, kat sekolah menengah dulu mana ada benda alah macam ni. Yang ada pun, pertandingan pidato, pantun, zapin dan sebagainya. Opsss, PRK tu pertandingan ker? Apa maksudnya?